PENGURUSAN HARTA IBRAH DARIPADA SURAH AL-KAHFI
BERDASARKAN KISAH PEMILIK DUA KEBUN (AYAT 32-46)
Sebenar-benrnya, rasa bimbang mencemburui perasaanku semasa menulis entry ini..
excited untuk berkongsi ilmu daripada seorang yang pernah saya kagumi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yg juga seorang penulis buku dan bloger yang aktif dalam berdakwah..
insyaAllah, semoga ianya bermanfaat dan jika ade silap dan salah, mohon teguran pembaca.. =)
Alhahmdulilah, syukur pada Allah Taala atas pemberian ganjaran dan nikmat masa yang diisi dengan pengisian Seminar Pengurusan Hidup berteraskan Surah Al- Kahfi. kesempatan sebagai pengganti ini ak dah azamkan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..
menurut Ustaz Hasrizal, kisah dua lelaki pemilik kebun ini hanya diceritakan dalam al-Quran, tiada dalam kitab lain, sama ada kitab Taurat mahupun Injil.
dalam ayat 32 surah al-Kahfi,
"dan berilah kepada mereka satu contoh: Dua oran lelaki, Kami adakanbagi salah seorang antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingikebun-kebunitu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
menurut ustaz, kisah pemilik dua kebun ini adalah kisah yang bersih dengan unsur-unsur israiliyyat, kerana ia tidak disebutkan siapa pelakonnya, di mana tempatnya..justeru, usahla kita membahaskan isu remah ini. kate Ustaz, "rehatkanlah isu remah ini". ye! saya stju..apa yang penting, ibrah yang dapat diambil daripada kisah pemilik dua kebun ni..
jom!
berkenaan cerita ini, para ulama' memikirkan adakah ini kisah benar ataupun satu contoh yang Allah hintkan untuk kita hambaNYA dan jawapannya islah kisah ini adalah kisah yang benar yang bukan sekadar perumpamaan. kisah ini diceritakan adalah untuk memenuhi tujuan surah Kahfi diturunkan. selain itu, ayat 32 ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T akan memberi bahagian dunia kepada umat kafir. Perkara yang paling penting ialah segala keberhasilan kebun itu (buah anggur, dikelilingi pohon-pohon tamar, dan pelbagai jenis tanaman lain) semestinya disandarkan kepada yang Maha Pemberi. Bab kata ustaz, keberhasilan kebun yang tumbuh itu adalah untuk Allah SWT.
Ayat 33:
“Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai”
Antara ciri-ciri kebun yang digamabrkan ialah:
جعلنا لأحدهما جنتين من أعناب
وحففناهما بنخل
وجعلنا بينهما زرعا
زفجرنا خلالهما نهرا
Ayat 34:
“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: ‘Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutmu yang ramai’ ”
Dalam erti kata yang lain, kafir itu berkata “ak telah dimuliakan dengn hata, dan pengikut”
Perasan atau tidak, perumpamaan ini hampir sama dengan perspektif masyaraakt kita saat ini iaitu ::orang yang berharta dan ramai pengikut adalah leih tinggi kedudukannya dalam masyarakat ::
Allah tidak menilai pada harta dan kedudukan tetapi Allah menilai pada siapa yang perform paling baik. Kata ustaz: “Allah menilai pada siapa yang أحسن عملا"”
No comments:
Post a Comment