Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH TUHAN Sekalian Alam. Syukur ke atas anugeah-NYA yang melimpah tanpa dapat dihitung apatah lagi dibalas oleh hamba-hambaNYA.
Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan teladan terbaik sebagai seorang anak, suami, ayah dan datuk yang berjaya memimpin keluarganya, demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna buat ayah. Alhamdulillah, sebentar tadi telah sempurnakan ijab kabul anak ayah. Semoga pernikahan ini diberkati Allah dengan kebahagiaan berpanjangan dari dunia hinggalah ke syurga. Amin.
Sebagai ayah, hati kecil ini gemira bercampur sedih. Gembira, kerana anak ayah telah mendapat pasangan pilihan hatinya dengan direstui oleh ayah. Sedih, kerana ayah terpaksa melepaskan anak yang selama ini menyejukkan dan mendamaikan hati ini.
Sebentar tadi telah berpindahlah amanah dari tangan ayah kepada menantu ayah. Ayah dokan amanah ini akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Jauh di sudut hati, ayah tetap yakin, ALLAH tidak akan mensia-siakan harapan itu kerana kau adalah anak yang baik. ALLAH tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-NYA yang baik. Insya-ALLAH.
Pesan ayah kepada anakanada yang dikasihi…berilah ketaatan dan kebaikan yang selama ini kami rasai kepada suamimu nanti. Insya-ALLAH, kami juga akan turut merasai keberkatan dan kabahagian itu.
Dan ayah yakin, walaupun telah mendirikan rumah tangga sendiri, kau dan suamimu akan terus berbakti kepada kedua ibu bapa seperti biasa, malah akan meningkat lagi. Insya-ALLAH.
Pergilah….ALLAH bersamamu. Doa ayah mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga kau akan dijaga oleh suami sebaiknya seperti ayah menjagamu. Ayah akan bersangka baik, justeru ALLAH itu menurut sangka hamba-hambaNYA. Bila kita bersangka baik, kita akan mendapat yang terbaik. Insya-ALLAH.
Sebagai tanda kasih saying dari lubuk hati ini, ayah berdoa khusus untukmu, anakku:
YA ALLAH….kuatkanlah iman kami, satukan keluarga kami dan kumpulkan hati-hati kami di atas kecintaan kepadaMU, ya ALLLAH, Ya Karim.
Kasihanilah kami, Ya ALLAH. Kasihanilah kaum keluarga kami, Ya Rahim. KAU permudahkanlah urusan kami dan luaskanlah rezeki kami dengan rahmatMU, Ya Allah. Tuhan yang Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Ya ALLAH, KAU turunkanlah rahmat dan keberkatan di dalam rumah ini. Wahai TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya ALLAH, KAU jadikanlah anak-anak kami ini dalam kalangan anak-anak Yng soleh dan solehah. KAU jadikanlah isteri kami ini dalam kalangan isteri yang solehah. KAU kurniakanlah kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumah tangga kami ini, Ya ALLAH.
Ya ALLAH, KAU jadikanlah kaum keluarga kami daripada kalangan orang yang rajin menunaikan solat. KAU jadikanlah kamu keluarga kami dari kalangan orang yang mentaati-MU. Mudah-mudahan dengan ketaatan ini akan menjadikan kami bertemu dalam keadaa n yang baik di akhirat kelak.
Wahai Tuhan kami, terimalah permintaan kami. Sesungguhnya, ENGKAU Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Sesungguhnya ENGKAU Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
~dipetik daripada buku Di Mana DIA Di Hatiku, karangan Pahrol Mohd Juoi~
*sob3.sedihnye bace puisi ni..caer jap..
ye,
kadang2 ayah kte tu diam,
tapi percayalah dia manusia
yang juga mempunyai perasaan dan emosi..
bab kata ustaz Hasrizal:
“orang lelaki yang senyap jangan dipaksa dia untuk bercakap”…
Sekali bercakap..fuh!
I lebiu ABAH!
:’)
**ups! tapi ni bukannye bermakne ak dah dinikahkan yeaa.juz berkongsi perasaan sedih dan sayu pada hati sebenar seorang ayah..=)

No comments:
Post a Comment