Sunday, February 6, 2011

buatmu NONAME..~

Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;




Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.






Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.





Kamu yang tidak ku ketahui siapa;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.





Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.




Bakal zaujku,




Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.





Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini.


[Appreciation]



Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)

~cuti.cuti.cuti~


urm...
dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,,..

urm...
ble tyme cuti..

@1@
:yu, jom g jalan..
:yu, jom g pantai..
:yu, jom g kedai
:yu, tolong jahit seluar ambe
:yu, tolong iron bju abah n adik2
:yu, masak lauk
: yu, yu, ....[bla...bla..bla..]
fuh!!!
* in short, best glew2 cuti an??
xpenah ckup tangan wt keje

@2@
xtertinggal jgk,,,...
:wei. jom lepak umah ak..ak bowink terperap lam umah..
:bin, jom shopping mat din..
:bin, jom reunion.
:bin, .....n sooo 0on..
fuh!!
letiyh nk layan satu2.

4 me,,
ak xpenah ckup mse dup uma..
xpenah lg la bosan dup umah..
mesti de plan n trget b4 balik uma o balik kg..
nta,, da biase kot.
bg sper2 yg asew2 tergolog lam @2@ tu,
myb bg yang uma dekat ngn tempat studi kot..
tu la baek buruk kte studi dekat n jauh
cm tu la jgk ti kte posting ti..
erm..
try to think +ve.rite??
huhu..

cuti ni??

ntare yg plg best,
njoy makan mlm RFC
taw??[gambar plgatas yerk..=)]
Radix Fried Chicken.HPA produk. 100% buatan Muslim
dimakan tanpa was2..
[promot la plak]hihik..
ktorang xmakan c2 pn,
2 owang tu nyer pasal..
ish!
kacau line tol la..
chickenchop+ zig zag wages +mashed potato+ coleslaw+ swit bun
surppp!! abis sume licin..
best3..urp!Alhamdulillah..
dalam mase same, korang bermalm kt hotel..
ktenye abah, sje je nk lepas hawa duk hotel
buleh plak abah tuh..
hurm.
mcm2 de..
tu la spesial nye abah..
so cweet..
thankx abah...=)



lau balik ganu, ntara yg wajibun 'alaini
: balik uma Ma.. at least semalaman cam skunk lam keadaan umi dalam berpantang..

ish!
sebut sal berpantg byk op ak blaja..
stokin stiap mse tu, 4 sure la..
mandi ae akar kayu la,
makan tu xyah kabo le..
memang menu tiap saat nasi bubur+sup belut o sup sayur o ikan haruan..
malam,,,loti..loti..[roti lerkk.]
kwn umi pesan xleh drive sampai 1 tahun..
p, umi drive je kot mengajar ti..

ak xsanggup nk berpantang
kui3!!
x heran r ibu2 zaman skunk yg mls nk berpantang lps besalin..
hurm...
ngeleng pale ak tengop umi..
xpe..
da masop kali k7 umi berpantang..
nway, CONGRATULATION 4 U...
THANKS 4 sacrifice urself 4 us..
lebiu69!!!



Enhanced by Zemanta

Sunday, November 7, 2010

WARKAH CINTA DR UMMI TERSAYANG,

ANAKKU,
BELAJARLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI
MASA DEPANMU,
INGATLAH BAHAWAKEJAYAAN TIDAK
AKAN DATANG MENGGOLEK DI HADAPANMU,
BAHKAN IA MELALUI ONAK DAN DURI,
KERANA PASTINYA KEJAYAAN AKAN DIMILIKI
BERBEKALKAN KEYAKIANAN YANG TEGUH
KEPADA YANG MAHA ESA.

ANAKKU, INGATLAH PENGORBANAN IBI BAPAMU,
SEJAK MELIRKAN, MEMBESAR DAN MENDIDIK
DARI SEBESAR DUA JAI TELAPAK KAKIMU,
HINGGA DEWASA KINI,
YANG MENGHARAP SECEBIS KEJAYAAN DARIMU,
MENGHARAPAKAN MUTIARA YANG BERKILAUAN,
HASIL DARI TITIK PELUH IBU BAPAMU MENJAGAMU.

ANAKKU,
INGATLAH, BEKALAN ILMU ITU HENDAKLAH DENGAN
KEIKHLASAN DAN KESABARAN,
JUSTERU ITU, BELAJARLAH TANPA MENGENAL ERTI JEMU
DAN BERUSAHALAH SERTA PASRAH
DENGAN YANG MENDATANG
DARI JAUH UMI DOAKAN ANAK UMI, NURUL DIPERMUDAHKAN DALAM PELAJARAN
DIBERI KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI
& SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT…

UMMI
"Sekadar sedikir cebisan untuk perkongsian sahabat2..
jge peringatan bwt diri ini yang selalu lpe dan kadang kala malas nk belajar.."
aq pernah hadiri satu majlis tntg exm dunia ni,
teringat pada kte2 panel tu,,: "ilmu adalah amanah dari Allah.so, jgn Persia-siakan ilmu tu"
"peperiksaan adalah satu medium untuk Allah uji kte setakat mane kita hargai amanah (ilmu) Allah tu..
"Ilmu itu adalah nur.ia akan menembusi hati-hati yang bersih bukan hati-hati yang sebalikny,,in fact, bersihkanlah hatimu, tinggalkan segala maksiat yang menitiskan titik2 hitam dalam hatimu,"
*Salam mujahadah buat teman2 semua,, do ur best 4 da exm dan jgn sekali2 abaikan tanggungjawab pada Allah hye disebabkan ujian dunia ni..*_-

Monday, September 27, 2010

wanita haid iktikaf dalam masjid??

Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah wanita yang berhadas besar (haid) duduk atau beriktikaf di dalam masjid dan membaca ayat-ayat al-Quran yang telah dihafalnya?
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد
Iktikaf bermaksud tinggal di dalam masjid dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Ia adalah sunat bagi kaum lelaki dan juga wanita. Bagi wanita yang telah berkahwin, disyaratkan wanita tersebut perlu mendapat keizinan daripada suami.
Ia menjadi sangat dituntut pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan kerana mengikut sunnah Rasulullah saw dan ingin mendapatkan Lailatul Qadar.
Telah thabit bahawa Rasulullah saw beriktikaf sepuluh hari setiap bulan Ramadhan dan baginda telah beriktikaf selama dua puluh hari pada tahun baginda wafat. (Riwayat Abu Daud, Bukhori dan Ibnu Majah)
Juga telah beriktikaf para sahabat dan isteri-isteri baginda saw pada masa hayat dan selepas kewafatan baginda saw.
Namun iktikaf mempunyai rukun yang perlu dipatuhi. Rukun-rukun iktikaf ialah:
1) Niat. Ini ialah kerana iktikaf merupakan satu ibadat dan ia perlukan niat.
2) Tinggal dalam masjid pada kadar dianggap pada uruf kebiasaan dia sedang tinggal dalam masjid. Imam Shafie’ berpandangan adalah sunat sekurang-kurangnya iktikaf itu satu hari supaya mengelak daripada khilaf ulama dalam perkara ini.
3) Orang yang beriktikaf itu mestilah seorang Islam, berakal, bersih daripada haid, nifas dan junub.
4) Tempat beriktikaf, iaitulah di masjid.
Seseorang tidak boleh keluar daripada tempat iktikaf kerana ia akan membatalkan iktikafnya mengikut Imam Shafie’. Namun ia dikecualikan bagi seseorang yang keluar kerana ada keperluan seperti membeli makanan dan membuang air.
Jika seseorang yang beriktikaf (sunat, bukan iktikaf nazar), tidak mengapa dia keluar daripada iktikafnya sebelum tamat tempoh yang diniatkannya. Dia tidak diwajibkan menyempurnakan yang baki.
Jika seseorang yang melakukan iktikaf, dia tinggal dalam masjid untuk tempoh tertentu kemudian dia keluar untuk tempoh tertentu, dan pada setiap kali dia masuk, dia berniat melakukan iktikaf, maka iktikafnya adalah sah (Majmuk, karangan Imam Nawawi).
Adapun seorang wanita yang didatangi haid ketika beriktikaf, maka wajib baginya keluar dari masjid. (Fiqh Muyassar).
Sebagai kesimpulan, amalan iktikaf adalah sunat kepada lelaki dan wanita. Bagi wanita, dia mestilah bersih daripada haid, nifas dan junub manakala lelaki mestilah bersih daripada junub.
Sekian والله أعلم بالصواب
Rujukan:
1) Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
2) Al-Fiqh al-Muyassar, Ahmad Isa ‘Asyur.
3) Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah, Dr. Abd Karim Zaidan
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin

Thursday, September 2, 2010

Petua Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ Untuk Mencari Malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad Atau Rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
Selasa Atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.




P/s: Jadi, jika menurut petua ini, malam qadar dijangka jatuh pada malam 25 Ramadhan, iaitu pada Sabtu malam Ahad, 6 Oktober 2007. Which is malam ni...Waallahu'alam...

===

Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


p/s: Pernah ke kita rasa?

===

Ada lagi artikel copy paste...

Rasulullah menyebutkan,

Tanda-tanda Awam; (semua orang pun boleh rasa)

1) Pada malam lailatul qadar, keadaan malam itu sunyi, sepi, penuh ketenangan dan bercahaya.

Tak ada bunyi anjing menyalak, pokok pokok tak bergerak.
Malam Lailatul Qadar pintu langit dibuka, semua malaikat turun, dipimpin oleh Malaikat Jibril.
Malam akan bercahaya, dan cahaya boleh dilihat jika kita tinggal ditempat jauh dari bandar.

2)Tidak panas, dan tidak sejuk cuacanya, sederhana. Kerana rahmat Allah sedang turun. Pada malam itu, tidak kelihatan panah panah api dari malaikat menyambar syaitan (petir).

-dapatlah pahala seribu bulan


Tanda-tanda Khusus; (hanya pada diri seseorang)

1)Alim ulama minum airlaut, dan airlaut itu manis.
banyak alim ulama beribadah tepi laut, dan berwudhuk menggunakan airlaut, terasa airlaut tu manis.

2) Seorang ingin mandi kolam dan menggantungkan baju atas pokok kelapa, tiba tiba pokok tu tidak ada di situ, kerana pokok itu tiba tiba sujud.

3) Seseorang sedang i'tikaf di masjid, tiba tiba Allah hantar harimau depan dia.

-tak semua orang yang dapat rasa. kalau dia alami perasaan ini semua, doalah.. dimakbulkan.


Adakah lailatul qadar sepanjang malam atau dalam masa singkat?

Kata Imam Al-Ghazali, dari segi pahala, seribu bulan. dari segi masa, dari maghrib hinggalah subuh. guarantee dapat pahala!

S.Aisyah ra bertanya Rasulullah, kalau aku bertemu lailatul qadar, apakah yang aku baca? bacalah "allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa nothing' fu'anni".

Ganjaran orang yang beri orang buka puasa, kita akan disalami malaikat pada malam lailatul qadar.

Macam mana tu malaikat salam kita?

Oh, waktu kita solat, tiba tiba bulu roma kita berdiri, hati kita sayu, dan airmata kita mengalir.
Kalau kita dapat rasakan itu, cepat-cepat doa, insyaAllah dimakbulkan.

Tanda siang hari yang malamnya itu Lailatul Qadar

Rasulullah menyebutkan;

Pada waktu pagi, matahari naik tanpa pancaran, timbul seperti bulan penuh.
Syaitan telah diharamkan untuk naik bersama sama matahari, jadi matahari tu taklah terik dan kita boleh lihat matahari tu, kalau biasa biasa kan tak boleh lihat.

Kenapa?

oh kerana,
malaikat sedang menderu deru naik atas sampai terbit fajar.
kerana waktu malamnya malaikat turun untuk bersalaman dengan orang solihin .

sesetengah org yang nampak malaikat naik, akan nampak lah di matahari tu, warna macam macam. subhanallah!


Ada lagi.....

Menurut syeikh md arsyad al banjari, jika kita dapat Lailatul Qadar, solatlah solat sunnat Lailatul Qadar 4 rakaat.

"saja aku solat lailatul qadar 4 rakaat lillahi ta'ala"
selepas fatihah rakaat pertama, baca alhakumu takathur, dan qul hu 3kali.
repeat for the rest rakaats.
nescaya dimudahkan Allah taala keluar rohnya sewaktu sakaratul maut, lepas azab kubur,
dapat 1000 mahligai dalam syurga.


sunnat baca banyak-banyak"allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa nothing'fu'anni".
p/s:semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org yg mendapat petunjuk.may Allah always be with us. sama2lah kita memburu mlm lailatulqadar.:) Waallahu'alam.....

Monday, August 16, 2010

iqra' yan Nisaa'...bcelh dgn mata hatimu..

sekadr renungan dan sdikit peringatn utk shbt dan sohabiah semua,,

sakit mte ana ble tengok laki pompuan yg bermesra2 even dlm klas sekalipun..
t0l0g laa,,,kwn2..
buln muliew ni...
at least,, hormatilah ckit buln Ramadhan ni..
ana kesal c0z,,mkin setan yg dibelenggu, makin menjdi2 plak,,
mmm....=(
shedeyh sgt2...

pa pndgn ana, semuanya bermula dari kita,,
ayuh, wahai nisa'..
jgn dikau mudah beralih pada ar-rijal hanya dgn panggiln manja mahupn intonasi berbeda...
ana kesal sgt2

kdg2, ana terpke,,
mcm ne kte, (sbg bakal ustaz ustazah) xbleh nk jge diri..
ape kn lg ble nk jge ank owg,,
fuh.!!!!!

uwaaa...........................=(.
ya ALLAH...
lindungi lah ak dri ar-rijal...
hanye kpdMU ak memohon, Ya ALLAH...
berikan ak dn shbt ku kekuatan bg membenteng diri ini...
amin...
ku pohon ya Allah.........................
Ya Rabbi,......
Ya A'ziz..........
bantulah hambaMU yg lemah ni..

YA ALLAH,,
ak tiada kekuatan ingin berterus terang dgnnya,,
limpahkanlah rse bersalah dan HidayahMU kpdnya,,

*kpd shbt2 ana yng shlalu disayangi,,,
mohon shbt2 renung2kn kembali dan ambillah pengajaran dr pe ygda belaku..
jgn kte asyik salah menylahkan,
sebaliknya, same2 lah kte beringat sentiasa..
kerana dirimu amat berharga, An-Nisaa'...
*_-





Sunday, August 8, 2010

just w0n 2 send dis inf0w 4 u all...
dis st0ry was come from my friend..
howeva, i think, i sh0uld tell every muslim b0ut dis.bce jgn xbce,,,
i stil do not deit the tittle..
MILO + CACING ,SARDIN + KATAK -
Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH, saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak dijadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya.

Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni… Nauzubillah.. Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ...

Ceritanya macam nie:- Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine. Apa yg dijumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan… nak tahu apa recipenyer… kalau x percaya terpulang lah….. tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya…. kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue.. huhuhu... itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report… report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. .. kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’… itulah hakikatnya… abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah dizip.. apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama…. kenkawan tahu apa yg dijumpai?? …agak2 pernah x rasa daging cacing????? ...mesti kenkawan selalu minum milo kan..... yes.. daging cacing telah dicampur dengan serbuk milo….. kalau ada bau hanyir itulah dia… kalau kenkawan nak lagi confirm try buat macam nie…. milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak / lemak kat milo tu… kalau ada confirm… ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???.. dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada diemailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya.. kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli… that is confirm ada benda ‘alah’ tu… print lah kecik then laminated simpan dalam purse… memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan… kalau dah haram.. hukum nya tetap haram.. x kisah walau disentetikkan pun.. tetap haram ……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..

samaada nak percaya atau tidak terpulang lah… kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek… kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin.. keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex.. kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal… kalau nak sedap letaklah daging katak..

huhuhu.. milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang…. gpun, mmg ,ilo skrg da rase lain dari yang sebelum ni..law da mmg produk israel, mcm2 nde yang menggelapkan ati ad..Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..… terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… Saya hanya menyampaikan amanah sahaja… tepuk dada tanya iman…. wallahhualam…

sumber: emel